generasi ghuraba

pembuka bicara~*

DAULAH2x! ISLAMIAH!! HANCUR2x! HANCUR TAGHUT!!

Kami membela al-quds, kami panggil anda semua Dan kami Tanya…
Apakah al-quds hanya milik rakyat palestina? Atau milik seluruh umat islam???
Mengapa anda diam-diam saja?

Anak-anak kami pergi meninggalkan kami di pagi hari
Dan kembali di petang hari sebagai syahid
Dan kamu hanya menonton mereka di layar televisyen

APA YANG KAMU TONTON?
KENAPA HANYA MENONTON?
Al-quds dan al-aqsa memanggil
Wahai anak-anak pelempar batu!!
Bebaskanlah aku dari cengkaman taghut zionis dan yahudi!!

Tetapi apa jawapan kita???
Apa jawapan kita kepada al-aqsa ketika dia memanggil kita?
Labbaik ya aqsa…
Dengan darah-darah kami
Labbaik ya aqsa…
Dengan roh-roh kami

Al-quds lebih mahal dari roh-roh kami
Walau ia adalah yang paling mahal untuk kita
Tetapi al-aqsa lebih mahal dari semua itu
Ia lebih mahal dari anak-anak kita
Dan anak-anak kita lebih mahal dari roh-roh kita...

check it out!

**~mari sertai HAWA (ALAM)!! klik disini
**~malapetaka akhir zaman... klik disini.
**~benarkah kita berada di zaman penuh fitnah? klik disini.
**~boikot produk YAHUDI!! klik disini.
**~kafe muslimah...klik disini.
**~laman web al-islam...klik disini.

16.12.09

tahun baru Islam


2.12.09

JADILAH HAMBA YANG BERSYUKUR DENGAN BANYAK MEMBERI

"orang-orang yang menafkahkan hartanya pada malam dan siang hari secara tersembunyi ataupun secara terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. tidak ada kekhuatiran bagi mereka dan tidak pula mereka bersedih hati". (al-Baqarah: 274)


Jadilah tangan yang memberi sesungguhnya tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima...

1.9.09

BEST WISHES 4 ALL CANDIDATES!


In the name of Allah the most gracious the most merciful...
alhamdulillah... berlabuh sudah tirai syaaban dan kini ramadhan... berlalu juga sesi pembelajaran ana sebagai mahasiswi semester 5... sekarang exam plak... rasa mcm baru mnggu lpas daftar masuk, dah nk exm... skejap sungguh... bangun tido bangun tido dah kena pg PKK jwb exm...
jadi dengan ini ana ambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berexam....eh? ader ke perkataan tu...? selamat maju jaya dalam menjawab final exam... doa ana sentiasa mengiringi 'perjalanan' antum.


oh ye! lagi satu, jangan stress2 time exam ni... rilex aite! yelah, waktu ni la nak tulis nota sampai x cukup kertas, menghafal sampai berbuih mulut dan ad jga yg minum kopi radix 30 cawan semata-mata untuk stay up. memang dahsyat la! lumrah student yang akan hadapi final exam... ish3x... jadi kita lapangkan dada, tenangkan hati dan luaskan minda antum... baru final exam, rilex ar... kalau fail boleh repeat!!! wakakakaka
xdelah, nauzubillah... buat yang terbaik dan termampu.. do not stress out! insyaAllah kejayaan menanti anda!! Allah sentiasa bersama...

29.7.09

syaaban kini, ramadhan menanti...

in the name of Allah the most gracious, the most merciful..

alhamdulillah dengan izinNya berpeluang juga ana menaip kembali post untuk blog ana yang dah berabuk tak terusik ini. tidak terlambat lagi rasanya untuk ana mengucapkan selamat menyambut Bulan Syaaban kepada sahabat2 dan seluruh umat Islam yang sedar kita dah masuk bulan syaaban ni... pejam celik pejam celik dah nak masuk ramadhan. tapi sekarang kita fokuskan dulu pada Bulan syaaban. banyakkan berpuasa, perbanyakkan amalan sunat seperti membaca Al-Quran dan bersedekah... Semoga kalian mendapat limpahan rahmat dariNya. insyaAllah...

26.4.09

kami pantang dicabar!


in the name of Allah, the most gracious and merciful...


"jadilah kalian pemikir dan penggerak harakah islamiah, bukan hanya mengangguk dan mengiyakan semata..."


apakah muslimat kini benar lemah dan lembik dalam perjuangan? dapatkah antunna menerima status ini setelah perjuangan membangkitan Islam direbut oleh para mujahid seperti biskut panas? apakah kalian tidak mahu terlibat dalam sebarang agenda kebangkitan? Allah...


astaghfirullah... inilah realiti kini... muslimat kian hanyut, lalai dan hari-hari mereka penuh dengan khayalan. apa semua ni? berpijak pada bumi yang nyatalah... kenapa mesti wujudnya ideology pluralisme ini? tidakkah mereka sedar perbezaan Islam dengan agama lain? tiada agama yang diterima di sisi Allah selain Islam. jadi, budaya barat tidak sepatutnya menjadi contoh mahupun ikutan insan bergelar muslimat.


tetapi YaAllah, inilah hakikatnya, inilah hakikatnya! mereka mendagangkan diri, menjual maruah agama, meludah nama ibu bapa dan menempah tiket ke neraka dengan berasa megah... adakah kita concern dengan semua ini? tepuk dada tanya iman.


"Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan."

(Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)



aduhai muslimat... beruntunglah kalian dilahirkan sebagai muslim dan umat Rasulullah... tahukah engkau betapa ramainya mereka yang dilahirkan dalam keadaan kafir dan jahil? sedarkah engkau akan nikmat ini? kenapa mesti ada yang pertikaikan...? bukalah mata antunna dan berdepan dengan kehidupan sebenar. kejutkan mereka dari mimpi yang panjang. kita bukan di alam fantasi dimana mudah untuk kita bersenang-lenang...tetapi Allah berikan kudrat agar kita berusaha untuk peroleh kesenangan tersebut. maha suci Engkau YaAllah, pandanglah hamba-hambaMu ini...



engkau merupakan srikandi dan mujahidah di medan pertempuran... sayap kiri suamimu dalam meneruskan dakwah Allah dan hiasan dunia yang terindah... bak bunga harum mekar di taman-taman syurga. subhanallah, indah dan tingginya darjatmu wahai muslimat...

ana bukan bermaksud untuk mengubah sistem perjuangan ini menjadi lebih radikal, tetapi ana mahu berkongsi masalah yang patut dititikberatkan bersama. perjuangan kita makin lesu. kita hidup hanya untuk Islam, maka;


1) harus memberikan komitmen dengan gerak kerja islam. walau kita berada di lokasi yang berbeza, tetapi Allah sentiasa ada... indah sungguh perasaan itu. jadi teruskan usaha walau dengan cara apa sekalipun.


2)menaruh perhatian kepada kepentingan Islam. ini bermaksud kita mesti alert dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan Islam sama ada isu semasa, masalah golongan belia dan sebagainya. juga alert dengan pelbagai pendekatan yang boleh kita gunakan untuk masyarakat.


3)berbangga hati dengan kebenaran dan yakin kepada Allah. berasa bersyukur dengan jalan yang kita pilih dan ajak sahabat-sahabat lain untuk turut merasai nikmat tersebut, kerana yakin janji Allah itu pasti.


4)mengadakan komitmen dengan orang lain yang melakukan gerak kerja Islam. teruskan perjuangan dengan pelbagai pihak yang mempunyai matlamat yang sama, yakni mendaulatkan Islam dan mencari keredhaan Ilahi.


"dan bahu-membahulah kalian dalam melaksanakan kebaikkan dan ketakwaan!"

(surah Al-Maidah:2)


jadi sukanya ana mengajak antunna bersama meneruskan gerak kerja Islam dengan lebih hebat dan bukan setakat mengiyakan... jadilah golongan yang pantang dicabar!



15.4.09

sedekah harta bukan maruah!




In the name of Allah, the most gracious and merciful.

“Wahai orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riyak) dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu adalah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (demikianlah juga hanya orang yang kafir dan riyak itu) mereka tidak akan mendapat sebarang pahala pun daripada apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.” ( surah Al-Baqarah 2:264)

Sukanya ana mulakan dengan selawat kepada junjungan mulia Rasulullah saw, para keluarganya, sahabatnya, para tabi’ dan tabi’in. Alhamdulillah dapat juga ana poskan artikel kali ini untuk dikongsi bersama.

Yup! Post kali ini ana nak highlightkan tentang amalan sedekah yang pasti antum semua pernah lakukan. Dalam surah Al-baqarah ayat 264 di atas, Allah memberikan peringatan kepada kita akan nawaitu kita dalam bersedekah... adakah ikhlas atau riyak? Dalam kita asyik bersedekah dan menderma jangan sesekali terpesong pada niat utamanya. Sering kali kita melihat konsep murni sedekah yang digalakkan dalam Islam disalahgunakan. Ana skopkan 2 point penting yang boleh ana kaitkan dengan sedekah^-^

kejar populariti

Pasti antum pernah tonton tv atau baca surat khabar dimana ada yang memberi dana kebajikan dengan membesar-besarkan namanya sampai panggil wartawan satu dunia kalau boleh. Ana tidak bermaksud semua begitu, sedangkan ana hanyalah manusia biasa... tidak dapat membaca keikhlasan seseorang. Hanya Allah sahaja yang mengetahui isi hati hambaNya. Tetapi kebanyakkan masyarakat kita menggunakan kaedah ini untuk menjadi pusat perhatian. Seperti contoh yang ana boleh gunakan adalah artis dimana kadang-kala populariti mereka makin merundum jadi dengan platform ini mereka boleh meraih publisiti murahan. Jelas bahawa konsep sedekah telah tersasar dari matlamat sebenarnya. Puak in i sanggup menggadaikan maruah mereka semata-mata ingin menjadi pusat perhatian. Pelik sungguh!

Allah telah memberi amaran bahawa semua sedekah palsu ini tidak akan memperoleh ganjaran daripadaNya . harta mereka tidak akan dibersihkan mahupun diberkati seperti yang telah tercatat dalam surah Al-Baqarah 261.


Si bakhil vs Si budiman!

Ini bukan tentang Hj. Bakhil bin Kedekut... ana umpamakan kepada dermawan sejati adalah seperti sebuah taman bunga yang terletak di tanah tinggi. Apabila hujan lebat, bunga-bunga tersebut akan mekar berlipat ganda. Walaupun hujan renyai-renyai, bunga-bungaan tetap memberikan hasil yang baik. Ini menunjukkan keberkatan sedekah yang dilakukan kerana Allah swt sama seperti kesuburan tanah taman bunga itu.

Firman Allah swt; dan bandingan orang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, ditimpa hujan lebat lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan yang lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiramnya). Dan (ingatlah) Allah sentiasa Melihat apa yang kamu lakukan.” (surah al-Baqarah:265)

Dermawan bakhil pula boleh ana gambarkan seperti menanam pokok di atas batu. Tidak akan mendapat sebarang hasil walaupun dipandang tinggi di mata manusia tetapi apalah ada pada pandangan manusia seandainya hina dipandang Allah. Harta kekayaan tidak dapat membantu malah tidak dapat menjadi bekalan di akhirat kelak.

Jadi, sumbang, sedekah dan dermalah dari hati kerana Allah, insyaAllah hidup kita akan lebih diberkati...

3.4.09

manisnya tahajud~*


in the name of Allah, the most gracious and merciful..

"Bangunlah pd sebahagian drpd malam serta kerjakanlah solat tahajud" 17:79

"..segala puji bagimu YaAllah, ikhlaskanlah nawaituku dalam berkongsi ilmu ini bersama sahabat-sahabatku...amin YaRabb.."

sukanya ana mengajak sahabat-sahabat seperjuangan dalam memantapkan kembali solat sunat tahajud. Apabila kita mendisiplinkan diri dan istiqamahkan hati dalam solat sunat ini, InsyaAllah kita akan sentiasa merindui saat-saat manis kita bersama Allah pada sepertiga malam. Hello

ingin juga ana berkongsi kelebihan tahajud yang Allah berikan kepada hamba yang tekun mengerjakannya, Subhanallah... sungguh Allah Maha Penyayang. Orang yang rajin melakukan solat sunat tahajud mendapat 9 kelebihan. 5 daripadanya diperoleh di dunia, manakala selebihnya akan diperoleh di akhirat.

5 kelebihan yang diperoleh di dunia:

Allah akan menyelamatkannya daripada bencana
Tanda berkat pada wajahnya
Disukai oleh ramai manusia
Allah jadikannya seorang yang bijaksana
Bila bercakap penuh hikmah

4 kelebihan yang akan diperoleh di akhirat:
Wajahnya bercahaya
Diringankan hisab
Menyeberangi titian sirat seperti kilat yang menyambar
Dapat buku amalan dengan tangan kanan

jadi, rebutlah peluang yang ada dan 'hadiah-hadiah' yang lumayan menanti kita. selagi masa masih milik kita...

"Ya Allah...ringankan tubuh badan kami untuk bangun mengadap dan bermunajat padaMu di sepertiga malamMu..."

12.3.09

EXAM belum settle..



In the name of Allah, the most gracious and merciful

“with these hands, I pray to you Allah..”

Alhamdulillah…. selesai juga final exam setelah 3 minggu memerah otak dan bersengkang mata study… “bila nak habis exam ni?” itulah yang sering ku sebut… (bukan mengeluh ek, monolog dalaman je..).. settle juga akhirnya…

Bila dah tepat pukul 12 pm, pengawas peperiksaan pun cakap, ”untuk pelajar yang mengambil kertas IBF 4013, masa sudah tamat. Sila letakkan pen anda...”
Waaaarrrrghhh...waktu tu rasa macam nak berdiri atas kerusi dan jerit MERDEKA! MERDEKA! Tapi alhamdulillah ana masih belum sampai tahap ’kegilaan’ sebegitu, Cuma berimaginasi di siang hari...

Ana bermuhasabah diri kembali dengan sahabat-sahabat... batasi rasa nikmat settle exam’ ini dengan memikirkan exam-exam’ yang lebih besar... mehnah dan tribulasi yang melanda ummah, negara dan diri..ujian semua tu...

Toyyib, cakap tentang ujian, ana nak berkongsi bersama antum orang situasi2 yang sering kita lalui dan soalan-soalan yang memakan diri dan fikiran kita… tetapi sebenarnya, Allah telah menjawab segala persoalan kita di dalam kitab Al-Quran;

1) Kenapa aku selalu kena uji? Kenapa aku? Takde orang lain ke?!

= Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui yang manakah orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui siapakah yang dusta.”
(surah Al-Ankabut: 2-3)

2) kenapa aku tak pernah dapat apa yang aku nak? Lain aku nak, lain aku dapat!

= “ boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, sesungguhnya Allah amat mengetahui sedang kamu tidak mengetahui…”
( surah Al-Baqarah: 216)

3) kenapa berat sangat ujian yang aku kena ni?

= “ Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya..”
( surah Al-Baqarah: 286)

4) macam mana nak berdepan dengan semua masalah ni? Tension betul!!

= “ wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan kebajikan) dan kuatkan kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan dan bersedialah serta bertawaqalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya mencapai kemenangan..)”
( surah Ali Imran: 200)

5) apa yang aku dapat dari semua ni?

= “ sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan (bayaran) syurga untuk mereka...”
( surah At-Taubah: 111)

masyaAllah, terjawab segala-galanya... jadi apakah yang menyebabkan kita masih menafikn segala nikmat yang kita perolehi? Berlapang dadalah dalam menduduki exam yang disediakan olehNya... resultnya akan diumumkan di padang mahsyar kelak. Are you guys ready? Freeze!! –DON’T EVER MESS WITH MUSLIMS!-

19.2.09

bittaufiq wan najah~*


In the name of Allah the most gracious and merciful...
gud luck to all candidates of SIIUC final examination!!!
waaaaaRRRGGhhhh!! dah lame xbuat post...kebas pula rase jari jemari nieh.. juz drop by to wish all of the viewers 'bittaufiq wan najah'. sebarkanlah doa-doa untuk sahabat2 yang lain. moga Allah permudahkan segala urusan kita..
do not stress out!!!
study hard and smart, iringkan doa kepada Allah dan bertawakal... berusaha sedaya yang termampu dan bertenang dalam menghadapinya...siapa yang suka study last minute, jangan terlalu tension...pelan2 k...(lain kali, buat persediaan awal k..)
wish u all da best, xspecially untuk sahabat2 seperjuangan..GANBATE!! baNzAi!!
doakan untuk ana sekali...

21.1.09

antum adalah kekuatan...


“saya tak dapatlah nak detect awak sakit ape…”-doktor pertama


“maaflah dik, tapi symptom adik tunjukkan macam tu. Ujian darah pun dah keluar keputusannya. Cuba pegi rujuk doctor pakar ye… kita ikhtiar.”-doktor kedua


“kalau boleh, pegi hospital cepat. Kat klinik ni pun ujian darah secara kasar. Tak specific. Dan rujuk juga perubatan Islam, ada symptom yang agak ganjil. Tapi virus ni makin aktif..”-doktor ketiga

Macam kena simbah dengan air sejuk dengar penjelasan doktor2 ni… betul ke? Serius ke ni? Macam mimpi pun ada. Aaarrrrggghhh!! Terima kenyataan fazreen…


“terima kasih doktor…”
....................................................................................................................................................................


“lepas ni faz kena senyum selalu tau..”-kak teha..


“ala, tak payahlah dengar cakap doktor tu…bukannya betul pun…”-kak dhiyaul..


“akak yakin faz mesti pulih macam kakak akak…”-kak atiqah..


“kenapa mesti faz?”-awatif..


“shu tak nak faz lemah..”-shuhada..


“mencegah lebih baik dari mengubat…”-kak nafisah…


“kuat ye faz…”-kak ngah..


“memang ujian untuk faz sem ni…”-kak mardhiah..


“faz boleh..be strongger..”-amalina..


“lepas ni pegi tido awal. Kalau tak boleh, tekup bantal dekat muka lepas tu nyanyi kuat-kuat!!”-sahabat baik..


“takpelah, saya ok. HPA ada tak ubat untuk sakit saya ni? Kalau takde, apa lagi… buatla untuk saya!! Hahaha..”-boleh lagi ketawa padahal hati ni sedih yang teramat…
.......................................................................................................................................................................


“faz, akak pernah tengok satu cerita… dia sakit macam faz gaklah.. bila dia tahu dia tak dapat nak hidup lama, dia buat semua benda yang dia tak pernah buat..contohnya melancong seluruh dunia. Jadinyer dia pegi dalam keadaan happy…”-kak teha..


“agak pelik idea tu…tapi kalau diberi peluang saya nak pegi Palestin la kak…”


“kak…dah lame saya tak nampak cuaca petang macam ni..tenang sangat. Jom jalan-jalan…”-bila dah sakit macam ni baru hargai keindahan di depan mata..


“korang…lagu ‘BERSAMA’ yang kumpulan devotees nyanyi tu untuk korang semua tau..”


“ok2… akak suka sangat lagu ni…”-kak yati...


“faz, lepas ni stop makan ubat la. Dadah semua tu… nanti lain plak jadinyer..”-kak dhiyaul..


“yaAllah faz, akak harap sangat apa yang doktor bagitahu tu semua salah…”-kak atiqah..


“takpelah kak, Cuma buat masa ni saya betul2 perlukan doa dan sokongan sahabat2 supaya saya tak rasa saya menghadapi ujian ni sorang2. Sahabat2 ALAM dan sahabat2 seperjuangan adalah kekuatan saya. Saya tak nak diaorang beza-bezakan saya dengan sahabat2 lain. Saya mampu lagi untuk teruskan perjuangan kita… tapi saya bersyukur sangat dapat sakit ni. Buatkan saya lebih menghargai segala yang berada di sekeliling saya.. terutamanya kemanisan bersama antum…”


“insyaAllah…dah ek. Jangan nangis ye. Faz kan kuat…chaiyok-chaiyok!!!”-kak atiqah..


“hmm…hari ni je saya nangis…esok saya ok la..”
 
GeNeRasi GhUrAbA © 2007 Template feito por Templates para Você